Di Antara Kebaikan DAUN SELASIH yang diketahui umum:

BASIL TEA atau TEH DAUN SELASIH

adalah minuman herba rempah ratus yang enak dan penuh khasiat.



Selasih banyak digunakan dalam perubatan traditional terutamanya perubatan Ayurveda dari India.

Dalam perubatan traditional Melayu, selasih digunakan bagi merawat demam.

Ia juga dipercayai mampu meningkatkan daya ketahanan badan dari penyakit.

Selain itu ia juga digunakan bagi meredakan muntah-muntah dan loya serta mengubati kecacingan.

Selasih juga berfungsi sebagai antiseptik dan analgesik bagi menahan sakit.

Ia juga dapat menolong menguatkan dan meningkatkan fungsi hati.

Selasih dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan serta menghilangkan sakit kepala.

Bagi khasiat2 yang disebutkan di atas, selasih selalunya direndam dalam air panas untuk dijadikan teh.

Daun selasih yang ditumbuk lumat dan ditampal pada dada digunakan sebagai ubat batuk dan ubat mencairkan kahak.

Selasih juga digunakan terutamanya dalam perubatan Cina sebagai herba pencuci darah.

Daunnya digunakan mengubati penyakit kurap dan ditampal pada luka bagi melegakan luka.


Selasih/ Ruku-ruku Hitam ditanam di sesetengah negara Afrika dan India Utara. Ia mempunyai bau yang kuat dan ditanam bagi menghasilkan minyak pati.

Selasih in dipercayai baik bagi menerangkan penglihatan dan menghilangkan sengal-sengal tulang.

Ia banyak digunakan dalam perubatan cina dan dikenali sebagai Jiu Cheng Ta


Daunnya dijemur terlebih dahulu sehingga kering dan dikisar hingga menjadi debu dan dimasukkan ke dalam kapsul ubat. Kapsul ubat ini dimakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Menurut kitab perubatan cina Jiu Cheng Ta berfungsi bagi pengaliran tenaga yang berfungsi mengurangkan lendir berlebihan dan memudahkan penghadaman makanan.



Ia juga dapat mengaktifkan sel-sel darah dan membersihkan darah dari toksik.

Selain daripada mempunyai kasiat perubatan yang tinggi, herba ini juga dijadikan sebagai perisa masakan seperti masakan kari dan pelbagai jenis masakan Thailand. Ia sedap dimakan bersama nasi sebagai ulam dan dapat menambahkan selera makan.

NYATAKAN RESPON ANDA

Nama:
Nombor Telefon:
sila nyatakan respon anda:
Email Address:
form creator